Percutian di South Korea pada Musim Sejuk

Pada musim sejuk yang lalu, julung-julung kali saya membawa 2 orang anak lelaki saya yang berumur 8 dan 11 tahun ke South Korea. Oleh sebab saya bukan orang yang suka mengikut rombongan, saya mengambil keputusan untuk melancong mengikut rancangan sendiri.
        Sebelum bertolak, saya telah membuat persediaan yang secukupnya. Antaranya seperti menyediakan pakaian musim sejuk untuk saya dan anak-anak, melayari Internet untuk merancang perjalanan kami dan sebagainya. Tujuan percutian kami untuk kali ini hanya SATU, iaitu dapat sentuh salji. Jangan ketawa. Saya tidak pernah melihat salji pun di Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa😂.
          Mujurlah suami saya selalu berkunjung ke South Korea sebagai 'business trip'. Dia telah banyak membantu kami yang bagai rusa masuk ke kampung😊. Tanpa dia, percutian kali ini tidak akan berjalan lancar. Kami bertiga langsung tidak mengerti Bahasa Korea. Tambahan pula, kebiasaan orang Korea hanya dapat berkomunikasi dalam Bahasa Korea sahaja. Kemasukan pelancong seperti kami seumpama orang yang bersemuka di ruang yang sama tetapi dunia yang berlainan. SUSAH NAK KOMUNIKASI...

4 Dec 2017
           Kami bertolak dengan flight Airasia pada awal pagi. ENAM jam kemudian kami tiba di Incheon airport. Kami mengambil 1 jam untuk melepasi kastam dan menuntut bagasi. Di lapangan terbang, saya telah mendaftarkan pakej mobile data yang berharga 3300 won sehari. Sebelum keluar dari lapangan terbang, kami betul-betul memakai pakaian sejuk yang sesuai. Kalau tidak, hah, badan kami akan automatik gigil tak berhenti akibat cuaca yang sejuk dan angin kencang sewaktu kami menjejak keluar dari lapangan terbang. Pada petang itu, suhunya mencecah 0°C.


                  Kami menaiki bas ke Gangnam Family Hotel. Hotel ini sesuai bagi keluarga kerana cukup besar dan dilengkapi dengan fasiliti seperti dapur, mesin basuh, peti sejuk, wire extension dan sebagainya. Walaupun hotel ini tidak semewah hotel yang terkenal, kemudahan yang disediakan lebih baik daripada hotel yang lain. 
                   Setelah berehat seketika, kami terus berjalan kaki ke Gangnam Street yang terkenal untuk makan malam. Jalan belakang Gangnam Street penuh dengan makanan yang sedap-sedap belaka. Kami telah memilih sebuah restoran yang kecil tetapi penuh dengan orang Korea. Untuk memesan makanan, senang je. Tunjukkan makanan meja sebelah dengan jari telunjuk 👉dan empat jari🖖.  Kami empat orang. Beres💁‍♀️. Walaupun kami kurang memahami kata-kata pelayan, pelayan itu masih melayan kami dengan mesra dan memberitahu kami cara makan makanannya dengan Bahasa Korea jua. 

5 Dec 2017
                  Oleh sebab saya tidak tahan kesejukan, rancangan yang sebenarnya ke Everland (outdoor) telah saya tukar ke Lotte World, iaitu Disney Land (indoor dan outdoor) di Seoul. Beli tiket online untuk menjimatkan wang. Kegembiraan anak tidak terperi. Oleh sebab suami bekerja, kami bertiga membelanjakan satu hari di Lotte World dan Lotte Akuarium. Kedua-dua tempat ini di plaza yang berlainan. Oleh itu, saya menamani anak bermain. Mereka pula menemai saya jalan-jalan di pusat beli-belah.
                 



6 Dec 2017
                  Kami bangun lewat kerana kepenatan berjalan satu hari di Lotte World. Pada sebelah petang, kami berjalan-jalan di kawasan Gangnam Street sahaja. Yang paling penting ialah, hari ini, salji ~ Snowing, it's snowing ~. Para pejalan kaki telah memegang payung. Namun anak saya yang terpegun dengan salji bebas bermain sambil ketawa tidak terhenti. 




7 Dec 2017
                   Selepas sehari berehat, saya memberi amaran kepada anak saya yang suka sangat bermain permainan interaktif di hotel supaya tidak mensia-siakan masa di dalam bilik hotel. Awal-awal pagi lagi, kami telah bersiap sedia. Kebetulan suami saya berjumpa dengan pelanggannya di kawasan Dongdaemun. Kami bertiga turut serta sahaja. Agak jauh tempat itu dari Gangnam. Kami menaiki Teksi. Usahlah bercakap dengan pemandu teksi kerana pakcik tidak faham dan berkemungkinan besar mereka tidak akan melayan langsung. Yang penting, dapatkan mercu tanda atau alamat tempat itu lalu tunjuk dengan telefon bimbit. Jangan takut ditipu. Orang korea jujur dan baik. Teksi juga ada meter. 



                   Selepas berpisah dengan suami yang bekerja di Dongdaemun Design Plaza, saya dan dua orang anak menaiki hip hop skybus untuk meneroka tempat-tempat peranginan di Seoul. Memang berbaloi. Bas yang kami naiki mengikut blue line. Kami sempat megunjungi istana, pasar borong terkenal di Namdaemun, muzium, Myeongdong, Insa-dong, sungai Cheonggyecheon dan sebagainya.  









                   Pada waktu petang, kaki anak saya telah lenguh berjalan. Oleh itu, kami menaiki keretapi (orang di sana memanggilnya sebagai Subway) pulang ke hotel. Sistem pengangkutan di Seoul sangat  baik dan mudah. Asalkan saya membawa peta Subway, saya dapat ke mana-mana sahaja. 

8 Dec 2017
                   Suami telah habis bekerja. Hari ini, kami bertolak ke Pyeongchang, iaitu kawasan luar bandar yang dikenali sebagai playground atau themepark oleh orang Korea. Ramai orang Korea dan pengunjung dari seluruh dunia suka singgah di Pyeongchang pada musim sejuk kerana ski dan snowboarding. 

                  Kami yang tersangat suka merapati budaya setempat telah memilih Simscabin sebagai tempat tinggal. Mr dan Mrs Sim menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.  Mereka dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mr dan Mrs Sim sanggup menghantar kami ke tempat peranginan, ski resort, pasar raya dan restoran yang berdekatan. Mereka juga memperkenalkan makanan yang popular, restoran BBQ Korean yang terkenal dan tempat sewa ski dan snowboard yang murah. Mereka juga dapat memaklumkan  jangkaan masa perjalanan yang tepat supaya kami dapat merancang jadual bertolak mengikut kemampuan masing-masing Sebenarnya, Mr Sim merupakan seorang petani. Walau bagaimanapun, beliau pandai bermain band dan mahir melukis. Di sini, saya bersetuju bahawa petani di Korea berpengetahuan dan kehidupan orang tua di luar bandar jauh lebih baik daripada orang tua di bandar.





9 Dec 2017
                   Kami bertolak ke Pheonix Ski Resort. Mr Sim telah memberi taklimat ringkas kepada kami lalu pulang. Kami menaiki kereta kaber ke puncak gunung. Alangkah cantiknya panorama dari puncak gunung Pheonix Ski Resort. 




                      Seterusnya, kami bermain sled sahaja. Permainan ini senang dan seronok. Papan sled di sana, percuma. 



10 Dec 2017
                   Anak teringin mencuba ski dan snowboard. Oleh itu, kami bermain di Pheonix Ski Resort sekali lagi. Setengah hari kami belanja di sana. Kebetulan salji pula. Memang cantik pemandangannya. 





                    Pada sebelah petang, kami bertolak ke Seoul. Malam ini, kami singgah di Hotel Ekonomi Primier yang terletak di Myeongdong. Lokasinya baik. Keadaan pasar malam di Myeongdong terang benderang dan bagai ikan dalam belut. Kebanyakan pelancongnya orang China. Oleh itu, harga makanan dan barangan lebih mahal daripada Lotte World dan kawasan Gangnam. 



11 Dec 2017
                   Saya telah merindui tanah air Malaysiaku yang panas sepanjang tahun. Bukan senang di Seoul sekiranya ingin keluar dari bilik. Lecehnya apabila kami tergesa-gesa memakai beberapa lapis pakaian sebelum keluar. Tidak pasti lagi nanti kesejukan pula kerana angin kencang. Makanan ialah keperluan yang khas untuk menahan kesejukan. Kami makan sambil berjalan-jalan. Destinasi hari ini ialah Itaewon dan Namsam Tower. Dari Myeongdong, kami dapat berjalan kaki ke Nansam Tower. Untuk pergi ke Itaewon, kami mesti menaiki teksi.





12 Dec 2017
                   Kami pulang ke Malaysia dengan senang hati. Rumahku syurgaku.




Comments